Suga Tamat Khidmat Tentera, Isyarat Comeback BTS ?

Satu lagi lembaran baru buat BTS. Suga secara rasmi menamatkan khidmat tenteranya selepas 21 bulan.

Sejurus dibebaskan, Suga meluahkan rasa rindu dan penghargaan kepada peminat melalui surat terbuka di Weverse. “Saya benar-benar rindu kamu semua,” tulisnya, sambil berterima kasih kepada ARMY kerana tetap menunggu.

Tapi bukan itu saja. Suga turut mengambil peluang untuk sekali lagi memohon maaf atas insiden memandu dalam keadaan mabuk pada Ogos 2024. Dalam kejadian itu, beliau ditahan ketika menunggang skuter elektrik dan didenda 15 juta won. Katanya, tempoh perkhidmatan itu memberi ruang untuk muhasabah diri dan refleksi.

“Saya sedar selama ini saya hanya fokus untuk terus ke depan… tanpa betul-betul melihat ke dalam diri saya,” tulisnya.

Kini dengan pembebasan Suga, ketujuh-tujuh ahli BTS telah pun menamatkan khidmat tentera masing-masing, ia membuka laluan untuk kemunculan semula kumpulan K-pop paling berpengaruh dunia itu menjelang 2026.

TAKEAWAY SISI

Tamatnya khidmat Suga bukan sekadar noktah tapi pembuka jalan untuk BTS bangkit semula.

Cara Suga memohon maaf dan refleksi terbuka beri gambaran bahawa selebriti juga manusia, dan pemulihan bermula dengan kejujuran.

Adakah 2026 bakal jadi tahun besar buat ARMY?