Author: general sisidaily

  • Ameera Khan & Jefri Nichol: Power Couple ‘Gatecrash’ Milan Fashion Week

    Ameera Khan & Jefri Nichol: Power Couple ‘Gatecrash’ Milan Fashion Week

    Meski sering jadi bualan dan kontroversi, pasangan power couple ini diketahui tetap menggegar industri fesyen berkelas tinggi. Baru-baru ini, Ameera Khan dan Jefri Nichol mencuri perhatian di Milan, Itali, ketika menghadiri pertunjukan fesyen jenama mewah.

    Paling Terbaharu dari IG mereka
    Ameera memuat naik foto di Milan pada 19 Jun 2025, memegang tangan Jefri sambil mengenakan Gaun hitam dan sarung tangan ala high fashion .


    Jefri pula dilihat bergaya maskulin menggayakan jaket hitam dari BOSS lengkap diabadikan dalam sesi cover mereka berdua

    Apa Yang Buat Ramai Terpukau?
    High-fashion synergy: Pasangan ini ‘matchy’ – Ameera dalam ensembles Prada/Loewe/Dolce & Gabbana, Jefri pula tux classy.
    Kelas mewah bukan sekadar harga. Mereka ‘curate’ gaya untuk Instagram dengan kemas , mix&match tekstur, color-blocking dan aksesori mewah.
    Aura solid dan chemistry, mereka bukannya sekadar ‘pakai cantik’, tapi menunjukkan chemistry dan vibe pasangan antarabangsa gaya Milan.

    TAKEAWAY SISI
    Gaya pasangan ini bukan sekadar fesyen , ia statement. Ameera & Jefri memanfaatkan peluang Milan sebagai platform untuk tunjuk mereka boleh bawa imej mewah global.
    Kontroversi bukan halang mereka bersinar, imej mereka tetap kukuh – confident, classy & poised.
    Power-couple playbook 101: Pakai jenama hebat, post strategik, aura chemistry, formula mereka memang kena pada tempat dan masa.

  • Suga Tamat Khidmat Tentera, Isyarat Comeback BTS ?

    Suga Tamat Khidmat Tentera, Isyarat Comeback BTS ?

    Satu lagi lembaran baru buat BTS. Suga secara rasmi menamatkan khidmat tenteranya selepas 21 bulan.

    Sejurus dibebaskan, Suga meluahkan rasa rindu dan penghargaan kepada peminat melalui surat terbuka di Weverse. “Saya benar-benar rindu kamu semua,” tulisnya, sambil berterima kasih kepada ARMY kerana tetap menunggu.

    Tapi bukan itu saja. Suga turut mengambil peluang untuk sekali lagi memohon maaf atas insiden memandu dalam keadaan mabuk pada Ogos 2024. Dalam kejadian itu, beliau ditahan ketika menunggang skuter elektrik dan didenda 15 juta won. Katanya, tempoh perkhidmatan itu memberi ruang untuk muhasabah diri dan refleksi.

    “Saya sedar selama ini saya hanya fokus untuk terus ke depan… tanpa betul-betul melihat ke dalam diri saya,” tulisnya.

    Kini dengan pembebasan Suga, ketujuh-tujuh ahli BTS telah pun menamatkan khidmat tentera masing-masing, ia membuka laluan untuk kemunculan semula kumpulan K-pop paling berpengaruh dunia itu menjelang 2026.

    TAKEAWAY SISI

    Tamatnya khidmat Suga bukan sekadar noktah tapi pembuka jalan untuk BTS bangkit semula.

    Cara Suga memohon maaf dan refleksi terbuka beri gambaran bahawa selebriti juga manusia, dan pemulihan bermula dengan kejujuran.

    Adakah 2026 bakal jadi tahun besar buat ARMY?

  • Keluang Man Gagal Tarik Hati Penonton: Mana Silapnya?

    Keluang Man Gagal Tarik Hati Penonton: Mana Silapnya?

    Watak adiwira kegemaran ramai era 90-an kembali ke layar perak, namun sayangnya sambutan tidak seindah yang diharapkan, biarpun dengan promosi besar-besaran yang digerakkan. Keluang Man, adaptasi aksi nyata daripada animasi ciptaan Allahyarham Kamn Ismail yang pernah menghiasi kaca TV dari tahun 1998 hingga 2005 dengan 140 episod, dilihat sebagai usaha berani mengangkat warisan budaya pop tempatan ke tahap baharu.

    Namun, selepas 18 hari tayangan, filem yang menelan belanja sebanyak RM13 juta itu hanya berjaya mengutip RM2.3 juta, dengan jumlah tontonan sekitar 141,000 penonton sahaja, menurut laporan rasmi FINAS. Filem ini jauh ketinggalan berbanding Ejen Ali The Movie 2 yang berjaya meraih lebih RM50 juta dalam tempoh sama.

    Dari segi sejarah, ini sepatutnya menjadi detik penting buat sinema tempatan — kerana ia merupakan filem adiwira pertama Malaysia yang diadaptasi daripada animasi tempatan, bukan diinspirasikan dari luar seperti kebanyakan karya adiwira lain. Tapi apa yang tersasar?

    Berikut antara faktor-faktor yang dikatakan menjadi punca kegagalan Keluang Man menarik perhatian penonton, menurut pengkritik dan maklum balas penonton sendiri:

    Aksi tak cukup bertenaga

    Babak pertarungan dilihat terlalu banyak potongan, penggunaan ‘slow motion’ yang berlebihan, dan kurang impak visual. Penonton mahukan koreografi yang lebih kemas dan realistik, bukan gaya suntingan yang kaku dan berpecah-pecah.

    CGI yang janggal

    Pengkritik mempersoalkan mutu CGI dalam beberapa babak yang kelihatan tidak realistik dan kelihatan murah — sekali gus mencacatkan pengalaman menonton secara keseluruhan.

    Nada cerita bercelaru

    Gabungan elemen serius, komedi dan trauma psikologi gagal disatukan secara harmoni. Penonton keliru: adakah ini filem adiwira, drama kesihatan mental, atau sebuah parodi?

    Skrip dan tempo longgar

    Banyak babak terasa terlalu lambat dan tidak membantu perkembangan plot. Beberapa watak sampingan pula dirasakan hadir sekadar pengisi, tanpa memberikan kesan signifikan kepada jalan cerita.

    Terlalu banyak produk penajaan

    Beberapa pengkritik menegur penggunaan produk penajaan yang terlalu ketara dalam banyak babak. Walaupun difahami bahawa filem berskala besar memerlukan penajaan bagi menampung kos produksi, namun pendekatan yang lebih bijak dan kreatif seharusnya diambil agar ia tidak mengganggu fokus penonton.

    TAKEAWAY SISI

    Nostalgia boleh tarik perhatian, tapi belum tentu mampu kekalkan minat kalau cerita dan kualiti teknikal tak cukup kuat.

    Keluang Man buktikan satu perkara membina semesta adiwira tempatan perlukan lebih dari sekadar nama besar dan bajet besar.

    Kalau ini permulaan filem adiwira Malaysia, bab seterusnya kena lebih berani, lebih kemas, dan paling penting lebih jujur dengan penonton.

  • BCL Kembali ke Malaysia: Hadiah Cinta Buat Peminat di Plenary Hall September Ini

    BCL Kembali ke Malaysia: Hadiah Cinta Buat Peminat di Plenary Hall September Ini

    Penyanyi tersohor Indonesia, Bunga Cinta Lestari, BCL kembali ke Malaysia dengan konsert terbaharunya pada 27 September ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur yang bakal membawa peminatnya merasai pengalaman cinta luar biasa.

    Menurut Pengarah Pulse Project Asia, Muhammad Annuar Zaini berkata, melahirkan rasa teruja dengan penganjuran konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance yang disifatkan bakal memberi pengalaman hiburan eksklusif buat semua.

    “Pulse Project Asia dengan penuh rasa cinta membawa BCL: Eternal Love – Timeless Romance sebagai sebuah hadiah buat para peminat penyanyi hebat ini menikmati konsert beliau dalam suasana berbeza daripada penganjuran konsert-konsert BCL sebelum ini.

    Penonton akan dibawa menyusuri perjalanan muzik BCL yang menyentuh hati melalui lagu-lagu cinta abadi, balada penuh makna dan penceritaan intim. Semuanya akan dipersembahkan dengan tata cahaya bersama produksi bertaraf dunia,” katanya.

    Tambah Muhammad Annuar, turut menyifatkan penganjuran konsert itu membawa penyanyi kesayangan ramai itu pulang ke rumah keduanya yang sentiasa menyambut hangat kehadiran beliau.

    Sementara buat BCL, penganjuran BCL: Eternal Love – Timeless Romance disifatkan sebagai sebuah konsert yang dinantikan buat beliau berbagi ‘kasih sayang’ dalam suasana intim bersama peminat di Malaysia yang tidak pernah lelah dan sentiasa menyokong karier seni sejak lebih sedekad lalu.

    BCL akan membawa barisan lagu popular sepanjang kerjayanya seperti Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah sehingga single terkini, Memulai Kembali.

    Konsert solo terakhir BCL di Malaysia, Blossom Intimate Concert adalah pada 2023 yang juga diadakan di pentas sama.

  • Tealive Kini Dalam Bentuk Sachet, Boleh Nikmati Di Mana-Mana Sahaja

    Tealive Kini Dalam Bentuk Sachet, Boleh Nikmati Di Mana-Mana Sahaja

    Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, memperkenalkan produk terbaharu dalam bentuk sachet 3-dalam-1, yang membolehkan pengguna menikmati minuman teh susu, kopi dan coklat kegemaran mereka di mana-mana sahaja.

    Langkah ini menandakan kemasukan rasmi Tealive ke pasaran barangan pengguna bergerak pantas (FMCG), dalam usaha mendekatkan jenama tersebut kepada pengguna mahu lebiih fleksibel dalam gaya hidup harian.

    Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo, pelancaran ini membuka ruang baharu bagi jenama Tealive untuk berkembang ke peringkat seterusnya.

    “Kami mahu menjadikan rasa kegemaran Tealive lebih mudah diakses oleh para peminat kami,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran rasmi yang diadakan di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya.

    “Rangkaian 3-dalam-1 ini membawa detik istimewa Tealive ke dalam rutin harian sama ada ketika dalam perjalanan, bekerja, atau berehat di rumah,” katanya.

    Tambah beliau, produk ini dibangunkan dengan fokus terhadap kualiti bahan dan pengalaman pengguna, agar setiap bancuhan menghadirkan rasa yang hampir sama seperti minuman di cawangan Tealive.

    Bekas Menteri dan penyokong usahawan tempatan, Khairy Jamaluddin, turut hadir merasmikan pelancaran ini. Dalam ucapannya, beliau menyifatkan usaha Tealive sebagai contoh bagaimana produk buatan Malaysia boleh bergerak ke pasaran antarabangsa tanpa kehilangan identiti asal.

    “Ini bukan sekadar pelancaran produk. Ini strategi untuk membawa cita rasa Malaysia ke peringkat global,” katanya.

    Produk sachet ini akan mula dijual 15 Jun 2025 secara eksklusif di pasar raya AEON, cawangan Tealive terpilih, serta platform e-dagang rasmi. Setiap kotak dijual pada harga RM12.90, mengandungi lima hingga enam sachet, bergantung kepada varian.

    Tea live kini berada di lebih 10 negara termasuk Filipina, Brunei, Vietnam, Kanada dan Mauritius. Produk sachet ini dijangka dilancarkan di pasaran India dan Thailand sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan global jenama tersebut.