Konsert pertama mereka di Malaysia selepas hampir dua dekad
Legenda rock era 2000-an, My Chemical Romance (MCR), sah akan membuat kemunculan semula di Malaysia untuk konsert istimewa pada 30 April 2026, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pengumuman rasmi ini dibuat melalui akaun media sosial band tersebut serta poster yang tular termasuk di Bukit Bintang dan media tempatan.
20 tahun penantian berakhir
Ini merupakan konsert pertama MCR di Malaysia sejak 2007, ketika mereka mencetus fenomena melalui album The Black Parade. Kumpulan ini dianggotai oleh Gerard Way (vokal), Mikey Way (bass), Ray Toro (gitar) dan Frank Iero (gitar).
Sebelum ini peminat gempar dengan paparan mesej misteri di papan iklan digital gergasi di tengah ibu kota. dari kumpulan itu.
Mesej ringkas namun cukup mengundang tanda tanya, “Malaysia, are you okay?” mencetuskan spekulasi di kalangan peminat memberi bayangkan kumpulan itu akan membuat kemunculan semula
Fakta Konsert:
• Tarikh: Khamis, 30 April 2026
• Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil
• Anjuran: Masih belum diumumkan (akan dikemas kini)
• Tiket: Belum dibuka untuk jualan – peminat dinasihatkan tunggu info rasmi
Selepas hampir tiga dekad tidak membuat persembahan berskala besar, kumpulan rap legenda tanah air, 4U2C, bakal menggegarkan pentas menerusi konsert eksklusif WE 4U2C pada 15 September di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor.
Konsert ini menjadi momen bersejarah buat kumpulan yang pernah mencipta fenomena dalam dunia hip-hop Malaysia era 90-an. Membawa tema Bringin’ Back Da 90’s Flava, 4U2C mahu menghidupkan semula aura zaman kegemilangan mereka menerusi persembahan yang lebih segar dan moden.
Menurut anggota kumpulan merangkap ikon hiburan tanah air, Datuk AC Mizal, idea untuk menjayakan konsert ini tercetus daripada isterinya, Datin Emylia Rosnaida, sebelum ia direalisasikan oleh penganjur, Juss Event Sdn. Bhd.
“Konsert ini memang salah satu impian saya dari dulu lagi. Idea asal daripada isteri saya, dan bila Juss Event datang dengan tawaran rasmi, saya anggap ia rezeki dan datang tepat pada waktunya,” katanya pada sidang media.
Katanya lagi, konsert ini bukan sekadar untuk bernostalgia atau mencipta sejarah baharu, sebaliknya mahu menjadi penanda aras baharu buat industri muzik tanah air,
Mereka juga mahu membuktikan kumpulan 4U2C masih relevan serta mampu menjadi trendsetter kepada generasi artis hari ini.
“Kami bukan sekadar nak mengimbas kenangan. Kami nak tunjuk bahawa Malaysia memang ada artis yang boleh menyanyi, menari dan menghibur secara menyeluruh,” ujarnya.
Menambah keterujaan peminat, 4U2C turut mengumumkan pelancaran tiga single baharu tahun ini masing-masing satu lagu balada dan dua lagu rancak yang disesuaikan dengan cita rasa pendengar semasa. Lagu-lagu ini dijangka akan dipersembahkan buat pertama kali di malam konsert tersebut.
Selain AC, 4U2C mempunyai enam ahli lain iaitu Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.
Komposer ternama Aubrey Suwito bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengarah muzik untuk konsert ini, disokong oleh barisan pemuzik profesional yang berpengalaman luas dalam industri.
WE 4U2C turut mendapat kerjasama dan tajaan daripada syarikat Millennium Group, Giant Malaysia (rakan kongsi pengaktifan runcit) dan Uncle Jack (rakan rasmi makanan dan minuman).
Tiket konsert akan mula dijual pada 30 Jun ini menerusi platform Ticket Empire dan Fantopia, dengan harga bermula RM155 hingga RM555 untuk tingkat bawah, dan RM255 hingga RM505 bagi tingkat atas.
Penyanyi tersohor Indonesia, Bunga Cinta Lestari, BCL kembali ke Malaysia dengan konsert terbaharunya pada 27 September ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur yang bakal membawa peminatnya merasai pengalaman cinta luar biasa.
Menurut Pengarah Pulse Project Asia, Muhammad Annuar Zaini berkata, melahirkan rasa teruja dengan penganjuran konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance yang disifatkan bakal memberi pengalaman hiburan eksklusif buat semua.
“Pulse Project Asia dengan penuh rasa cinta membawa BCL: Eternal Love – Timeless Romance sebagai sebuah hadiah buat para peminat penyanyi hebat ini menikmati konsert beliau dalam suasana berbeza daripada penganjuran konsert-konsert BCL sebelum ini.
Penonton akan dibawa menyusuri perjalanan muzik BCL yang menyentuh hati melalui lagu-lagu cinta abadi, balada penuh makna dan penceritaan intim. Semuanya akan dipersembahkan dengan tata cahaya bersama produksi bertaraf dunia,” katanya.
Tambah Muhammad Annuar, turut menyifatkan penganjuran konsert itu membawa penyanyi kesayangan ramai itu pulang ke rumah keduanya yang sentiasa menyambut hangat kehadiran beliau.
Sementara buat BCL, penganjuran BCL: Eternal Love – Timeless Romance disifatkan sebagai sebuah konsert yang dinantikan buat beliau berbagi ‘kasih sayang’ dalam suasana intim bersama peminat di Malaysia yang tidak pernah lelah dan sentiasa menyokong karier seni sejak lebih sedekad lalu.
BCL akan membawa barisan lagu popular sepanjang kerjayanya seperti Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah sehingga single terkini, Memulai Kembali.
Konsert solo terakhir BCL di Malaysia, Blossom Intimate Concert adalah pada 2023 yang juga diadakan di pentas sama.
Kalau anda peminat muzik, tahun 2025 dijangka menjadi antara tahun paling meriah buat pencinta konsert. Berdasarkan laman rasmi Live Nation Malaysia, beberapa konsert paling dinanti tahun ini akan berlangsung di Kuala Lumpur melibatkan nama-nama besar dari dunia K-pop, R&B, indie dan pop antarabangsa.
Dari kemunculan baharu hingga kemunculan semula yang dinanti ramai, berikut ialah senarai konsert yang anda tak patut lepaskan sebelum tahun ini melabuhkan tirainya.
Jay Park , Serenades & Body Rolls World Tour
📅 14 Jun 2025 📍 Zepp Kuala Lumpur
Jay Park kembali ke Malaysia dengan jelajah terbaharunya.Dikenali dengan lagu-lagu seperti “All I Wanna Do” dan “Drive”, Jay menjanjikan persembahan yang menggabungkan elemen R&B, hip-hop dan K-pop dalam satu malam penuh aksi.
BABYMONSTER,HELLO MONSTERS World Tour
📅 21 Jun 2025 📍 Axiata Arena, Kuala Lumpur
Kumpulan gadis baharu dari YG Entertainment ini mencipta nama di peringkat global, dan kini mereka akan ke Kuala Lumpur untuk jelajah dunia pertama mereka. Kalau anda peminat tegar K-pop, inilah peluang anda untuk saksikan “monster rookie” ini secara langsung.
Henry Moodie 2025 Tour
📅 16 Julai 2025 📍 Zepp Kuala Lumpur
Penyanyi dan penulis lagu dari UK, Henry Moodie bakal membuat penampilan sulungnya di Malaysia. Dikenali dengan lagu-lagu beremosi dan melodi yang melekat di hati, konsert ini sesuai untuk anda yang sukakan persembahan lebih intim dan penuh rasa.
Yung Kai, Flower, Moon and Star Tour
📅 27 Ogos 2025 📍 The Platform @ Menara KEN TTDI
Buat anda yang minat muzik indie, persembahan Yung Kai adalah antara yang perlu anda masukkan dalam kalendar. Nantikan lirik puitis, melodi tenang dan suasana yang lebih santai sesuai untuk mereka yang mahu cari sesuatu yang segar dan bermakna.
Red Velvet’s Irene & Seulgi, BALANCE Asia Tour
📅 13 September 2025 📍 Mega Star Arena, Kuala Lumpur
Duo popular dari Red Velvet ini membawakan projek khas mereka ke Malaysia dalam jelajah Asia BALANCE. Peminat boleh nantikan vokal mantap, koreografi luar biasa dan lagu-lagu kegemaran peminat dalam persembahan yang lebih peribadi dan fokus.
NCT DREAM ,THE DREAM SHOW 4: Dream The Future
📅 13 & 14 Disember 2025 📍 Axiata Arena, Kuala Lumpur
Menutup tirai tahun 2025 dengan penuh gaya, NCT DREAM kembali ke Malaysia dengan dua malam konsert berturut-turut. Dikenali dengan tenaga luar biasa dan pengaruh besar di kalangan peminat, ini dijangka menjadi antara konsert kemuncak tahun ini.