Tag: indonesia

  • Keluang Man Gagal Tarik Hati Penonton: Mana Silapnya?

    Keluang Man Gagal Tarik Hati Penonton: Mana Silapnya?

    Watak adiwira kegemaran ramai era 90-an kembali ke layar perak, namun sayangnya sambutan tidak seindah yang diharapkan, biarpun dengan promosi besar-besaran yang digerakkan. Keluang Man, adaptasi aksi nyata daripada animasi ciptaan Allahyarham Kamn Ismail yang pernah menghiasi kaca TV dari tahun 1998 hingga 2005 dengan 140 episod, dilihat sebagai usaha berani mengangkat warisan budaya pop tempatan ke tahap baharu.

    Namun, selepas 18 hari tayangan, filem yang menelan belanja sebanyak RM13 juta itu hanya berjaya mengutip RM2.3 juta, dengan jumlah tontonan sekitar 141,000 penonton sahaja, menurut laporan rasmi FINAS. Filem ini jauh ketinggalan berbanding Ejen Ali The Movie 2 yang berjaya meraih lebih RM50 juta dalam tempoh sama.

    Dari segi sejarah, ini sepatutnya menjadi detik penting buat sinema tempatan โ€” kerana ia merupakan filem adiwira pertama Malaysia yang diadaptasi daripada animasi tempatan, bukan diinspirasikan dari luar seperti kebanyakan karya adiwira lain. Tapi apa yang tersasar?

    Berikut antara faktor-faktor yang dikatakan menjadi punca kegagalan Keluang Man menarik perhatian penonton, menurut pengkritik dan maklum balas penonton sendiri:

    Aksi tak cukup bertenaga

    Babak pertarungan dilihat terlalu banyak potongan, penggunaan โ€˜slow motionโ€™ yang berlebihan, dan kurang impak visual. Penonton mahukan koreografi yang lebih kemas dan realistik, bukan gaya suntingan yang kaku dan berpecah-pecah.

    CGI yang janggal

    Pengkritik mempersoalkan mutu CGI dalam beberapa babak yang kelihatan tidak realistik dan kelihatan murah โ€” sekali gus mencacatkan pengalaman menonton secara keseluruhan.

    Nada cerita bercelaru

    Gabungan elemen serius, komedi dan trauma psikologi gagal disatukan secara harmoni. Penonton keliru: adakah ini filem adiwira, drama kesihatan mental, atau sebuah parodi?

    Skrip dan tempo longgar

    Banyak babak terasa terlalu lambat dan tidak membantu perkembangan plot. Beberapa watak sampingan pula dirasakan hadir sekadar pengisi, tanpa memberikan kesan signifikan kepada jalan cerita.

    Terlalu banyak produk penajaan

    Beberapa pengkritik menegur penggunaan produk penajaan yang terlalu ketara dalam banyak babak. Walaupun difahami bahawa filem berskala besar memerlukan penajaan bagi menampung kos produksi, namun pendekatan yang lebih bijak dan kreatif seharusnya diambil agar ia tidak mengganggu fokus penonton.

    TAKEAWAY SISI

    Nostalgia boleh tarik perhatian, tapi belum tentu mampu kekalkan minat kalau cerita dan kualiti teknikal tak cukup kuat.

    Keluang Man buktikan satu perkara membina semesta adiwira tempatan perlukan lebih dari sekadar nama besar dan bajet besar.

    Kalau ini permulaan filem adiwira Malaysia, bab seterusnya kena lebih berani, lebih kemas, dan paling penting lebih jujur dengan penonton.

  • Senarai Konsert Paling Dinanti di Malaysia

    Senarai Konsert Paling Dinanti di Malaysia

    Kalau anda peminat muzik, tahun 2025 dijangka menjadi antara tahun paling meriah buat pencinta konsert. Berdasarkan laman rasmi Live Nation Malaysia, beberapa konsert paling dinanti tahun ini akan berlangsung di Kuala Lumpur melibatkan nama-nama besar dari dunia K-pop, R&B, indie dan pop antarabangsa.

    Dari kemunculan baharu hingga kemunculan semula yang dinanti ramai, berikut ialah senarai konsert yang anda tak patut lepaskan sebelum tahun ini melabuhkan tirainya.

    Jay Park , Serenades & Body Rolls World Tour

    ๐Ÿ“… 14 Jun 2025
    ๐Ÿ“ Zepp Kuala Lumpur

    Jay Park kembali ke Malaysia dengan jelajah terbaharunya.Dikenali dengan lagu-lagu seperti โ€œAll I Wanna Doโ€ dan โ€œDriveโ€, Jay menjanjikan persembahan yang menggabungkan elemen R&B, hip-hop dan K-pop dalam satu malam penuh aksi.

    BABYMONSTER,HELLO MONSTERS World Tour

    ๐Ÿ“… 21 Jun 2025
    ๐Ÿ“ Axiata Arena, Kuala Lumpur

    Kumpulan gadis baharu dari YG Entertainment ini mencipta nama di peringkat global, dan kini mereka akan ke Kuala Lumpur untuk jelajah dunia pertama mereka. Kalau anda peminat tegar K-pop, inilah peluang anda untuk saksikan โ€œmonster rookieโ€ ini secara langsung.

    Henry Moodie 2025 Tour

    ๐Ÿ“… 16 Julai 2025
    ๐Ÿ“ Zepp Kuala Lumpur

    Penyanyi dan penulis lagu dari UK, Henry Moodie bakal membuat penampilan sulungnya di Malaysia. Dikenali dengan lagu-lagu beremosi dan melodi yang melekat di hati, konsert ini sesuai untuk anda yang sukakan persembahan lebih intim dan penuh rasa.

    Yung Kai, Flower, Moon and Star Tour

    ๐Ÿ“… 27 Ogos 2025
    ๐Ÿ“ The Platform @ Menara KEN TTDI

    Buat anda yang minat muzik indie, persembahan Yung Kai adalah antara yang perlu anda masukkan dalam kalendar. Nantikan lirik puitis, melodi tenang dan suasana yang lebih santai sesuai untuk mereka yang mahu cari sesuatu yang segar dan bermakna.

    Red Velvetโ€™s Irene & Seulgi, BALANCE Asia Tour

    ๐Ÿ“… 13 September 2025
    ๐Ÿ“ Mega Star Arena, Kuala Lumpur

    Duo popular dari Red Velvet ini membawakan projek khas mereka ke Malaysia dalam jelajah Asia BALANCE. Peminat boleh nantikan vokal mantap, koreografi luar biasa dan lagu-lagu kegemaran peminat dalam persembahan yang lebih peribadi dan fokus.

    NCT DREAM ,THE DREAM SHOW 4: Dream The Future

    ๐Ÿ“… 13 & 14 Disember 2025
    ๐Ÿ“ Axiata Arena, Kuala Lumpur

    Menutup tirai tahun 2025 dengan penuh gaya, NCT DREAM kembali ke Malaysia dengan dua malam konsert berturut-turut. Dikenali dengan tenaga luar biasa dan pengaruh besar di kalangan peminat, ini dijangka menjadi antara konsert kemuncak tahun ini.