Tag: islam

  • Syed Saddiq Akhirnya Bebas Hukuman Penjara & Sebatan:Ini Fakta Yang Perlu Kamu Tahu

    Syed Saddiq Akhirnya Bebas  Hukuman Penjara & Sebatan:Ini Fakta Yang Perlu Kamu Tahu

    Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada semua sabitan dan hukuman dalam kes salah guna dana Armada, selepas keputusan itu beberapa kali tertangguh sejak April lalu.

    Keputusan penting ini sekali gus menamatkan teka-teki nasib politik Ahli Parlimen Muar itu, yang selama ini berdepan kemungkinan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya sabitan dikekalkan.

    Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang kes ini:

    🟦 Siapa yang terlibat?
    • Tertuduh: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman , Ahli Parlimen Muar, bekas Menteri Belia dan Sukan dan bekas Ketua Armada Nasional Bersatu.
    • Panel Hakim Mahkamah Rayuan: Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim (Pengerusi), Datuk Azman Abdullah & Datuk Noorin Badaruddin.
    • Peguam Bela: Gobind Singh Deo & pasukan.
    • Pendakwaan: Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara.
    • SPRM: Badan penyiasat utama bagi kes ini.

    🟦 Apa yang berlaku?
    • Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membebaskan dan melepaskan Syed Saddiq daripada semua sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
    • Hukuman terdahulu termasuk penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta.
    • Rayuan Syed Saddiq diterima sepenuhnya dan semua pertuduhan digugurkan.

    🟦 Bila ia berlaku?
    • Keputusan Mahkamah Rayuan diumumkan pada 25 Jun 2025.
    • Keputusan ini telah dua kali ditangguhkan iaitu pada 17 April dan 24 April sebelum akhirnya disampaikan hari ini.
    • Sabitan asal dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.

    🟦 Syed Saddiq dituduh sebab apa, dan apa kenyataan balas beliau?

    Tuduhan:
    1. Pecah amanah – Didakwa menyalah guna RM1 juta dana Armada.
    2. Salah guna harta – Dituduh arahkan RM120,000 digunakan untuk kempen pilihan raya.
    3. & 4. Pengubahan wang haram, memindahkan RM100,000 ke akaun peribadi dalam dua transaksi.

    Semua kesalahan ini didakwa berlaku antara tahun 2018 hingga 2020, ketika beliau masih dalam Bersatu dan menjawat jawatan menteri belia dan sukan.

    Kenyataan balas Syed Saddiq:
    • Beliau konsisten menegaskan bahawa wang yang digunakan adalah untuk tujuan politik dan organisasi bukan untuk kepentingan peribadi.


    🟦 Bagaimana keputusan dibuat hari ini?
    • Panel tiga hakim sebulat suara bersetuju bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen utama dalam semua pertuduhan.
    • Hakim Datuk Noorin menyatakan bahawa tindakan memberi arahan sahaja tidak memadai untuk membuktikan pecah amanah.
    • Mahkamah juga dapati tiada bukti menunjukkan wang digunakan untuk kepentingan peribadi.
    • Justeru, semua sabitan dibatalkan dan Syed Saddiq dibebaskan sepenuhnya.

  • Konsert We 4U2C Ubati Rindu Peminat, Buat Comeback Selepas 30 Tahun

    Konsert We 4U2C Ubati Rindu Peminat, Buat Comeback Selepas 30 Tahun

    Selepas hampir tiga dekad tidak membuat persembahan berskala besar, kumpulan rap legenda tanah air, 4U2C, bakal menggegarkan pentas menerusi konsert eksklusif WE 4U2C  pada 15 September di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor.

    Konsert ini menjadi momen bersejarah buat kumpulan yang pernah mencipta fenomena dalam dunia hip-hop Malaysia era 90-an. Membawa tema Bringin’ Back Da 90’s Flava, 4U2C mahu menghidupkan semula aura zaman kegemilangan mereka menerusi persembahan yang lebih segar dan moden.

    Menurut anggota kumpulan merangkap ikon hiburan tanah air, Datuk AC Mizal, idea untuk menjayakan konsert ini tercetus daripada isterinya, Datin Emylia Rosnaida, sebelum ia direalisasikan oleh penganjur, Juss Event Sdn. Bhd.

    “Konsert ini memang salah satu impian saya dari dulu lagi. Idea asal daripada isteri saya, dan bila Juss Event datang dengan tawaran rasmi, saya anggap ia rezeki dan datang tepat pada waktunya,” katanya pada sidang media.

    Katanya lagi, konsert ini bukan sekadar untuk bernostalgia atau mencipta sejarah baharu, sebaliknya mahu menjadi penanda aras baharu buat industri muzik tanah air,

    Mereka juga mahu membuktikan kumpulan 4U2C masih relevan serta mampu menjadi trendsetter kepada generasi artis hari ini.

    “Kami bukan sekadar nak mengimbas kenangan. Kami nak tunjuk bahawa Malaysia memang ada artis yang boleh menyanyi, menari dan menghibur secara menyeluruh,” ujarnya.

    Menambah keterujaan peminat, 4U2C turut mengumumkan pelancaran tiga single baharu tahun ini  masing-masing satu lagu balada dan dua lagu rancak yang disesuaikan dengan cita rasa pendengar semasa. Lagu-lagu ini dijangka akan dipersembahkan buat pertama kali di malam konsert tersebut.

    Selain AC, 4U2C mempunyai enam ahli lain iaitu Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.

    Komposer ternama Aubrey Suwito bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengarah muzik untuk konsert ini, disokong oleh barisan pemuzik profesional yang berpengalaman luas dalam industri.

    WE 4U2C turut mendapat kerjasama dan tajaan daripada syarikat Millennium Group, Giant Malaysia (rakan kongsi pengaktifan runcit) dan Uncle Jack (rakan rasmi makanan dan minuman). 

    Tiket konsert akan mula dijual pada 30 Jun ini menerusi platform Ticket Empire dan Fantopia, dengan harga bermula RM155 hingga RM555 untuk tingkat bawah, dan RM255 hingga RM505 bagi tingkat atas. 

  • Senarai Konsert Paling Dinanti di Malaysia

    Senarai Konsert Paling Dinanti di Malaysia

    Kalau anda peminat muzik, tahun 2025 dijangka menjadi antara tahun paling meriah buat pencinta konsert. Berdasarkan laman rasmi Live Nation Malaysia, beberapa konsert paling dinanti tahun ini akan berlangsung di Kuala Lumpur melibatkan nama-nama besar dari dunia K-pop, R&B, indie dan pop antarabangsa.

    Dari kemunculan baharu hingga kemunculan semula yang dinanti ramai, berikut ialah senarai konsert yang anda tak patut lepaskan sebelum tahun ini melabuhkan tirainya.

    Jay Park , Serenades & Body Rolls World Tour

    📅 14 Jun 2025
    📍 Zepp Kuala Lumpur

    Jay Park kembali ke Malaysia dengan jelajah terbaharunya.Dikenali dengan lagu-lagu seperti “All I Wanna Do” dan “Drive”, Jay menjanjikan persembahan yang menggabungkan elemen R&B, hip-hop dan K-pop dalam satu malam penuh aksi.

    BABYMONSTER,HELLO MONSTERS World Tour

    📅 21 Jun 2025
    📍 Axiata Arena, Kuala Lumpur

    Kumpulan gadis baharu dari YG Entertainment ini mencipta nama di peringkat global, dan kini mereka akan ke Kuala Lumpur untuk jelajah dunia pertama mereka. Kalau anda peminat tegar K-pop, inilah peluang anda untuk saksikan “monster rookie” ini secara langsung.

    Henry Moodie 2025 Tour

    📅 16 Julai 2025
    📍 Zepp Kuala Lumpur

    Penyanyi dan penulis lagu dari UK, Henry Moodie bakal membuat penampilan sulungnya di Malaysia. Dikenali dengan lagu-lagu beremosi dan melodi yang melekat di hati, konsert ini sesuai untuk anda yang sukakan persembahan lebih intim dan penuh rasa.

    Yung Kai, Flower, Moon and Star Tour

    📅 27 Ogos 2025
    📍 The Platform @ Menara KEN TTDI

    Buat anda yang minat muzik indie, persembahan Yung Kai adalah antara yang perlu anda masukkan dalam kalendar. Nantikan lirik puitis, melodi tenang dan suasana yang lebih santai sesuai untuk mereka yang mahu cari sesuatu yang segar dan bermakna.

    Red Velvet’s Irene & Seulgi, BALANCE Asia Tour

    📅 13 September 2025
    📍 Mega Star Arena, Kuala Lumpur

    Duo popular dari Red Velvet ini membawakan projek khas mereka ke Malaysia dalam jelajah Asia BALANCE. Peminat boleh nantikan vokal mantap, koreografi luar biasa dan lagu-lagu kegemaran peminat dalam persembahan yang lebih peribadi dan fokus.

    NCT DREAM ,THE DREAM SHOW 4: Dream The Future

    📅 13 & 14 Disember 2025
    📍 Axiata Arena, Kuala Lumpur

    Menutup tirai tahun 2025 dengan penuh gaya, NCT DREAM kembali ke Malaysia dengan dua malam konsert berturut-turut. Dikenali dengan tenaga luar biasa dan pengaruh besar di kalangan peminat, ini dijangka menjadi antara konsert kemuncak tahun ini.