Tag: politik

  • Syed Saddiq Akhirnya Bebas Hukuman Penjara & Sebatan:Ini Fakta Yang Perlu Kamu Tahu

    Syed Saddiq Akhirnya Bebas  Hukuman Penjara & Sebatan:Ini Fakta Yang Perlu Kamu Tahu

    Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada semua sabitan dan hukuman dalam kes salah guna dana Armada, selepas keputusan itu beberapa kali tertangguh sejak April lalu.

    Keputusan penting ini sekali gus menamatkan teka-teki nasib politik Ahli Parlimen Muar itu, yang selama ini berdepan kemungkinan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya sabitan dikekalkan.

    Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang kes ini:

    🟦 Siapa yang terlibat?
    β€’ Tertuduh: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman , Ahli Parlimen Muar, bekas Menteri Belia dan Sukan dan bekas Ketua Armada Nasional Bersatu.
    β€’ Panel Hakim Mahkamah Rayuan: Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim (Pengerusi), Datuk Azman Abdullah & Datuk Noorin Badaruddin.
    β€’ Peguam Bela: Gobind Singh Deo & pasukan.
    β€’ Pendakwaan: Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara.
    β€’ SPRM: Badan penyiasat utama bagi kes ini.

    βΈ»

    🟦 Apa yang berlaku?
    β€’ Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membebaskan dan melepaskan Syed Saddiq daripada semua sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
    β€’ Hukuman terdahulu termasuk penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta.
    β€’ Rayuan Syed Saddiq diterima sepenuhnya dan semua pertuduhan digugurkan.

    βΈ»

    🟦 Bila ia berlaku?
    β€’ Keputusan Mahkamah Rayuan diumumkan pada 25 Jun 2025.
    β€’ Keputusan ini telah dua kali ditangguhkan iaitu pada 17 April dan 24 April sebelum akhirnya disampaikan hari ini.
    β€’ Sabitan asal dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.

    βΈ»

    🟦 Syed Saddiq dituduh sebab apa, dan apa kenyataan balas beliau?

    Tuduhan:
    1. Pecah amanah – Didakwa menyalah guna RM1 juta dana Armada.
    2. Salah guna harta – Dituduh arahkan RM120,000 digunakan untuk kempen pilihan raya.
    3. & 4. Pengubahan wang haram, memindahkan RM100,000 ke akaun peribadi dalam dua transaksi.

    Semua kesalahan ini didakwa berlaku antara tahun 2018 hingga 2020, ketika beliau masih dalam Bersatu dan menjawat jawatan menteri belia dan sukan.

    Kenyataan balas Syed Saddiq:
    β€’ Beliau konsisten menegaskan bahawa wang yang digunakan adalah untuk tujuan politik dan organisasi bukan untuk kepentingan peribadi.


    βΈ»

    🟦 Bagaimana keputusan dibuat hari ini?
    β€’ Panel tiga hakim sebulat suara bersetuju bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen utama dalam semua pertuduhan.
    β€’ Hakim Datuk Noorin menyatakan bahawa tindakan memberi arahan sahaja tidak memadai untuk membuktikan pecah amanah.
    β€’ Mahkamah juga dapati tiada bukti menunjukkan wang digunakan untuk kepentingan peribadi.
    β€’ Justeru, semua sabitan dibatalkan dan Syed Saddiq dibebaskan sepenuhnya.