
Oleh SISIdaily Team | 29 Mei 2025
“Appa, tadi Rina pakai spray (sunscreen) dekat rumah. Tak nak nanti jadi macam appa, jadi black color.”
Itulah kata-kata spontan yang dilontarkan Rina, anak kepada pasangan influencer popular, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae.
Walaupun kedengaran bersahaja, ia membawa mesej yang jauh lebih dalam bagaimana persepsi terhadap warna kulit boleh terbentuk sejak usia awal.
Dalam dunia yang masih terlalu mengagungkan kulit cerah, jawapan Ryzal bukan sahaja mencuri perhatian netizen tetapi turut membuka ruang kepada perbincangan lebih luas tentang nilai kecantikan sebenar.
Dalam video yang tular, Ryzal, suami kepada Maryam dari saluran Durian Kimchi dilihat menjelaskan kepada anaknya tentang persepsi kecantikan sebenar.
Rina ketika itu berkongsi bahawa dia menggunakan semburan pelindung matahari (sunscreen) bagi mengelakkan kulitnya menjadi lebih gelap.
Ryzal mengambil pendekatan bijak dengan membawa contoh daripada karakter kegemaran anaknya Moana untuk menjelaskan bahawa kecantikan tidak seharusnya diukur melalui warna kulit.
“Rina tahu tak Moana tu? Cantik tak? Tapi kulit Moana tu putih ke brown? Brown kan?
Rina tak boleh cakap brown tu tak cantik. Brown tu cantik. Rina pun brown, tahu? Cantik. Tengok appa, appa brown,handsome tak?”
“Jadi, tak semua orang kulit putih cantik. Ada je orang kulit brown, kulit black — cantik juga.”
Tindak balas netizen rata-rata memuji cara Ryzal menggunakan momen itu sebagai peluang untuk mendidik anak tentang penerimaan diri dan kepelbagaian kecantikan. Pendekatan yang lembut tetapi tegas itu jelas menyentuh hati ramai.
Video yang dimuat naik itu kini telah mencatat lebih 468,000 tontonan bukti bahawa mesej positif masih mendapat tempat di media sosial, meskipun di tengah dunia yang sering menyogokkan satu jenis rupa sebagai ideal.
#SISIDaily: Real beauty begins at home.
